Saturday, February 28, 2009 | By: Dleina

For you Islam....


(sumber : email)

Salam,
Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza
baru-baru ni, datang ke
my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja
yg anjurkan.
Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab
dia kata dia tak
dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati.

I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:
Mesir Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah
very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.

Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan
ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km
long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp
bersempadan dengan Hamas!" -
Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai
keganasan di Gaza . Razali bg tau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia
tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan
rakyat Palestine...

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi
dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak
rasuah...charge naik bas 500 meter is RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel .

(Eee...tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar
ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 - Hamas dan Fatah...Belah Fatah ada kasino!

Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry
in the world comes from Gaza !

Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).

Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran
Islam dan mazhab Shafie. Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to
other Arabs esp yg kat Mesir tu..

Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama
..tapi dia mention Hashim....) Beautiful country, iklim Mediterranean ..boleh
kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati
anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau
anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"...like they know they
can die anytime.

Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk
walau dah berminggu!

Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel...punyalah jahat
manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org..tak de senjata canggih tapi yg mati
hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are
everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk
berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.

Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.
Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang
mati, esok lahirlagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan
Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar,
bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So,
depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan
pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar
rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB,
satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.

Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi
pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata
sendiri!

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke...terpaksa
dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.
Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan
bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn
bom fosforus..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah
pesakit....Razali kata takde apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak
serpihan tulang sikit2 here and there...Fosforus ni dia hancurkan kulit dan
tulang...Nauzubillah....

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang
volunteer nak pergi ke Gaza (agaknya sebab dia ni pun bujang
lagi..hehe). ..So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA
is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata
kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan
saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wassalam.

“Stop dreaming about a better life and start making your
dreams come true TODAY!!!”
Opportunities - Small or Big. They come and go.
Some will be easy to take advantage of, some will be
difficult. But once we let them pass.. hoping for something better,
those opportunities may never again be available.

Always grab the first opportunity.
" Happiness is to make others believe
They are the cause of it....... "
Go Further - No Turning Back

Teka-teki Imam Ghazali


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya
lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang

paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah
bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah
Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang
paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun
kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa
yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang
sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang
besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179).
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai
nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling
berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak
mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya
berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga
banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang

amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi
yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN
SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita
tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang"
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam
sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui
lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai
perasaan saudaranya sendiri "

"sampaikanlah walau satu ayat"..

Wednesday, February 18, 2009 | By: Dleina
Saturday, February 7, 2009 | By: Dleina

White Phosphoros Bom

Tolong pas kan ini pada semua, biar seluruh dunia tahu....

( Klik pada gambar atas untuk penerangan yang lebih jelas tentang bom ini)
























Wednesday, February 4, 2009 | By: Dleina

Kenapa Kena Pertahankan Masjidil Al-Aqsa


Tolonglah baca sampai abis dulu..........

Aku tak pasti,
sama ada kamu alert atau tidak mengenai hal ini. Jadi aku terasa nak kongsi beberapa point di sini. Sebelum itu aku nak tanya kamu, biasa dengar kan perkataan jenayah?
Jenayah mencuri? Merompak?
Pernah dengar tak jenayah perang dan jenayah kemanusiaan?

Tengok gambar atas neh. Aku tak pasti sama ada perang ni dah jadi satu yang memang jenayah atau tidak lagi. Bukan pe, kalau jenayah, mesti dah lama semua yang mulakan perang tuh masuk penjara. Betul?
Kamu pernah dengar perkataan Palestine tak? Kamu ade pernah dengar tak kita ni kena pertahankan Palestine ? Eh apsal kena sebuk-sebuk pasal negara orang kan ?
Untuk yang belum biasa dan tak faham dengan phrase "pertahankan al aqsa", mari kongsi fakta dulu sebelum aku bagi point, kalau tak kang sia-sia je kamu baca point aku tanpa faham basic.
Meh sini duk rapat-rapat sikit dengan skrin monitor supaya kamu dapat baca sebab kenapa kita kena ambil tahu dan pertahankan Palestin serta Masjid Al-Aqsa. Tengok gambar dulu bagi faham.
Kubah kuning itu kubah as-sakhra dan kubah hijau dalam petak oren itu namanya masjid qibli. Kawasan petak hijau itu adalah tembok, semuanya adalah kawasan masjid al aqsa (haram al sharif). Aku saje bg 2 gambar yang sama, supaya nampak jelas.
ok, kenapa kena pertahankan Al Aqsa, penting sangat ke??

-> Sebab Al-Aqsa kiblat pertama umat Islam sebelum Kaabah. Secara analoginya, kalau Masjidil Haram kena serang dan orang-orang sekitar mati dibunuh dengan kejam, kau marah tak?

-> Cuba bukak Al-Qur'an suratul isra' ayat 1 . Kat situ ada sebut nama Masjidil Aqsa kan ? Ada dalam Qur'an sebut nama masjid kat kampung kamu? Tu maknanya memang sangat penting masjid Al Aqsa ni, juga sebagai masjid ke3 paling suci buat semua umat Islam sampai Allah sebut dalam Qur'an, Tapi taklah bermakna masjid kat kampung kamu tak penting, ok?

-> Sebab seterusnya aku bagi dalam bentuk lagu, ok? Klik sini dengar lagu ni betul-betul. Cekgu kitorang dan Muadz terlibat ngan lagu ni :D aku meremang tiap kali dengar lagu nih, seram dowh

-> Dulu kau sekolah ada belajar kan nabi berniaga ke Syam? Kalau kau ingat lagilah. Ok, Syam skang dah tukar nama jadi Al Quds sejak Islam memerintah kat sana , ia adalah kota lama di Palestin. Nama lain Al Quds adalah Baitul Maqdis. Secara matematik nya, Syam = Al Quds = Baitul Maqdis. Aku rasa buku teks kat sekolah kena terang pasal nilah. Hisy.

Akhir zaman nanti, Baitulmaqdis akan dijadikan ibu negara umat Islam, dan kemajuannya akan membawa kepada tanda-tanda akhir zaman.
Sabda Nabi, "Pembangunan Baitul Maqdis membawa kepada kehancuran Madinah (kerana diserang wabak)", hingga akhir hadith, kamu carilah. Diriwayatkan oleh Nuaim b Hammad, salah seorang syeikh kepada Imam Bukhari.
Kota ini kota suci kita teman, dan Yahudi juga beranggapan ia adalah kota suci mereka. Mereka berjuang untuk dapatkan tanah ini, tapi kita masih blur blur lagi, langsung tak buat ape-ape. Aku pun tak faham..
Teman, aku kira kamu dah dapat basic. Kalau rasa sampai sini dah cukup banyak , sila datang semula untuk baca sambungannya. Aku nak mulakan point nih. Ini perkara-perkara terbaru terjadi di Palestin. Yang lama-lama tuh kau cari sendiri memandangkan skang kau dah ada basic nye. Faham?

1. situasi kini - serangan terbaru habis-habisan dari tentera Israel bermula awal tahun hijrah & awl tahun masihi. Serangan berterusan tanpa ada tanda-tanda nak stop.

2. setakat yang aku tahu, 800 mati, 1300 cedera. Ape, sikit je eh? Owh kalau macam tuh kamu cuba kira angka kematian sejak serangan Israel dari tahun 1929 hingga kini. Agak-agak sikit ke banyak?
3. Israel claimed bahawa serangan terbaru ini adalah untuk tujuan keselamatan, bohong semua neh. Mereka menyerang sebab ada serangan roket oleh pejuang Palestin, padahal serangan roket tu untuk balas provokasi dan pencerobohan tentera Israel ke dalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.

4. Orang-orang yang sakit teruk, tak dapat keluar dari wilayah gaza untuk dapatkan rawatan kerana dihalang oleh Israel , dan ramai yang mati kerana itu.

5. Hospital yang ada di Gaza kehabisan gas memasak, dan gas yang sama digunakan juga untuk proses pengeringan tuala dalam proses pembedahan. Pihak rejim Zionis menghalang import ubat-ubatan dan bekalan perubatan kepada Gaza dua tahun lepas, jadi semua pihak hospital Gaza tak bersedia untuk tangani jumlah pesakit yang ramai.

6. Yang paling dekat dengan Palestin adalah Mesir. Tapi Mesir halang sebarang kemasukan bantuan kemanusiaan ke Palestin melalui sempadannya. Cth macam Libya, depa akan hantar lebih banyak kapal bantuan ke Gaza walaupun ia akan bertukar menjadi 'misi maut' kerana berkemungkinan di bom tentera Israel.

7. Penduduk Negara-negara Arab semua sekali 300 juta orang, walhal jumlah penduduk Yahudi Israel 5 juta orang je! Kerajaan-kerajaan Arab dan Islam sekadar nak memerhati dengan tega tanpa sepicing rasa belas kasihan ke?! Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan kepada rakyat Palestin.

8. Jangan terpengaruh dengan media, jangan terpengaruh dengan kata-kata pemimpin US , Mesir dan Israel . Hakikatnya Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan kemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudah sampai ke tahap di mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan.

9. Sikap kepura-puraan negara Islam/Arab adalah dibidas. Sikap hipokrisi Mesir dikecam kerana mendakwa mereka bersedia untuk mengizinkan rakyat Gaza yang tercedera di bawa masuk melalui sempadan Rafah bagi menerima rawatan. Tetapi sehingga saat ini tidak ada rakyat Gaza yang dibenarkan untuk memasuki Mesir kerana dihalang oleh pasukan keselamatan Mesir. Apabila bantahan dibuat kepada Menteri Dalam negeri Mesir beliau 'berjanji' untuk menyelidiki perkara ini. Soalnya apakah Mesir mengambil sikap membela saudara-saudaranya di Gaza atau tunduk kepada arahan Tel Aviv/USA?

10. Aku benci dengan OIC. Memang owh I seeee..yelah tengok je tanpa buat apa-apa yang drastik sebagai negara-negara Islam. Ape, takut kena serang dengan Israel jugak?? Teman, kalau kamu lupa sejarah tingkatan 5, meh aku ingatkan, penubuhan OIC adalah untuk Palestin, untuk Palestin. Tapi mananya, habuk pun takda!

11. Teman, pertembungan ini adalah di antara umat Islam seluruh dunia dengan Zionis kerana perjuangan Palestin adalah pembebasan Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam serta simbol kemuncak kezaliman & pelanggaran hak asasi manusia yang paling tinggi dan biadab dalam peradaban manusia masakini. Jenayah!!

Meh aku bagi kamu baca sikit petikan dari ucapan wakil HAMAS waktu mereka datang ke Malaysia dulu. HAMAS ni adalah kira macam kerajaan yang memerintah Palestin. Walaupun Palestin langsung tak diiktiraf sebagai sebuah negara. Owh cuba check peta tengok.

"Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia."

Teman, mereka dah lama jadi wakil bagi kita. Dah lama sengsara, dah lama berjihad bagi pihak kita! Tapi kita langsung tak ambil tahu tentang mereka. Langsung..

"HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami."
"Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia . Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia.
Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???"

Teman, kalian dah sedar belum? Faham belum? Sepatutnya kita yang kena pergi berjuang sekali, tapi diorang dah jadi wakil untuk kita! Tolong tengok balik sebab-sebab yang aku tulis kat atas kenapa kita kena pertahankan Al-Aqsa.

"Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat."

Mereka nak pergi exam, tapi kita kat sini taknak belajar. Sia-siakan peluang yang diberi. Dimanjakan dengan kemewahan dan keamanan negara. Kamu tak bersyukur teman!!

"Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?"

Dimana kamu teman...dimana negara-negara Islam..bukankah kita semua yang beragama Islam adalah bersaudara? Atau kamu lupa itu teman??

"Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?"
"Umat Islam di Malaysia sekelian,
Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda."
"Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya."
"Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu."

Ke mana perginya OIC..kemana OIC..mana hilangnya objektif penubuhan OIC..mana..mana..

"Wahai saudara-saudaraku sekalian, kami tidak perlukan saudara untuk pergi ke Palestine untuk membunuh Yahudi, pemuda-pemuda kami masih cukup untuk menghadapi Yahudi. Kami hanya perlukan sokongan, doa, wang dari kalian. Biar diakhirat nanti, dihadapan Allah...Kami akan mengakui bahawa kalian rakyat Malaysia telah menolong kami, berdoa untuk kami, bersedih bersama kami, syahid bersama kami. Ketahuilah sumbangan kalian tidak sia-sia, darah dan air mata yang tumpah tidak sia-sia. Semuanya ada nilai disisi Allah."
"Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami tabah di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini..."

Apa yang perlu kita buat???

Ada TIGA benda yang kita boleh buat.

1. DOA
Dah jadi fardhu 'ain untuk kita berdoa buat saudara kita di Palestin dan negara-negara Islam lain. Dalam solat tuh, masuk sket ruang doa buat mereka. Tolonglah..boleh kan ? Skang ni jom sama-sama baca doa kat bawah ni.
"Oh Allah support the Islam and Muslimeen in Palestin, Oh Allah make their hearts firm (in Imaan, Taqwaa, Tawakkul etc.), Oh Allah make their feet firm (uncompromising and steadfast), Oh Allah support them (the Mujaahideen) over those who show animosity to them, Oh Allah destroy their enemies, Oh Allah shake the earth beneath their (the enemies) feet, Oh Allah support our scholars, Oh Allah be with them and protect them, please accept our du'aas you are indeed the best knower and the best listener..ameen ameen"

2. WANG
Tak perlu berjuta pun. Tiket wayang boleh beli, takkan RM5 pun takleh bagi? RM10 kamu pun macam air je skarang neh. Tak payah jumpa sesapa nak bagi sumbangan, senang je, boleh bank in kan . Kalau lokek sangat, nak bagi RM1 pun takpelah, kumpul-kumpul dengan teman-teman kamu lepas tu bank in kan .

Sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880
Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787

3. SOKONGAN
Part ni general sangat. Boleh bahagi banyak.

a) Hey kamu semua yang membaca entry ni dan yang ada blog. Kamu boleh menulis macam-macam kat blog kamu pasal tahun barulah, pergi makan lah dan apa segala. Takpe, tak salah pun, cuma aku rasa boleh kot sambil-sambil tuh kamu tulis pasal Palestin neh. Boleh kan ? Tak susah kan ? Tulis sikit je. Sebab aku tahu blog kamu ramai pembaca, komen berjela-jela.
Beruntunglah kamu jika kamu ramai pembaca dan kamu menulis mengenai Palestin! Sebarkanlah berita dan pengetahuan ini. Aku menulis di atas nih daripada basic, sebab aku rasa cam sia-sia kot aku menulis kalau yang membaca tatau hape lagi pasal Palestin. Sekurangnya faham idea, dan faham kenapa.

b) Bagi sokongan kalau ada yang sedang berkempen pasal Palestin.

c) Sambil-sambil sembang ngan member-member tuh, silalah bercakap sket pasal ni. Pandai-pandai kamulah nak cakap macam mana. Announce sekejap kat depan kelas pun okay sementara nak tunggu kelas mula. Announce kat ofis ke. Pandai-pandai la.

Aku sangat harap kerajaan Malaysia buat sesuatu. Dan aku tak rasa penyokong kuat Israel wajar di back up setelah dibaling kasut biarpun dia ketua kerajaan sekalipun. Malah dia deserved lebih dari tu lagi! Isu Palestin ni patut jadi bahan perbincnagan di Parlimen. Sekurang-kurangnya zaman Tun Dr Mahathir dulu, beliau lantang suarakan hal ni. Waktu tu Malaysia banyak menyumbang, namun aku harap tindakan lebih drastik dilakukan memandangkan ade spesifik OIC tuh.

OIC dengan NAM harapnya jadi agresif ah, drastik. Ada kuasa kan , guna lah. Jangan buat tindakan sama macam kami rakyat yang takde kuasa nih. Kalau macam tu, sama je kalau takda pertubuhan pun. Aku kesal gila November lepas bila Parlimen Malaysia menolak untuk bincangkan usul mengenai tindakan kejam regim Zionis Yahudi mengepung Semenanjung Gaza, Palestin dengan alasan usul itu tak perlu disegerakan. Owh my...

Usaha korang nak habiskan baca entry ni, aku kira jihad jugak ah. Alhamdulillah. Lepas ni bolehla ye mula dengan TIGA perkara tadi. Tolonglah ye, aku rayu gila-gila nih. Tolonglah Tolonglah......

Security When Kaabah Door Opens


Celebrities says......





Terpulang pada anda nak nilaikannya.....

This is what should be in the NEWS

This needs to make headline news...not some of the other junk that makes the news these days!!!
It's a ?tough, but heart-warming story...with a picture of John Gebhardt in Iraq John Gebhardt's wife, Mindy, said that this little girl's entire family was executed. The insurgents intended to execute the little girl also, and shot her in the head...but they failed to kill her. She was cared for in John's hospital and is healing up, but continues to cry and moan. The nurses said John is the only one who seems to calm her down, so John has spent the last four nights holding her while they both slept in that chair. The girl is coming along with her healing. This is worth sharing with the WORLD! Go for it!!? You'll never see things like this in the news. Please keep this going. Nothing will happen if you don't, but the public needs to see pictures like this.

We cannot direct the wind but we can adjust our sails...

Just 4 u

All info 4 my visitors:

There was an error in this gadget